Kesan Pencemaran Air Kepada Alam Sekitar
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.......”. Begitulah sebahagian terjemahan kata-kata Chief Seattle sebagai bahan rujukan oleh penceramah dan aktivis alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap penduduk dalam sesebuah negara supaya tidak merosakkan alam sekitar ini dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua cara untuk mengelakkan kesan buruk kepada generasi yang akan datang.
Terdapat beberapa kesan bahaya kepada individu, keluarga dan masyarakat jika pencemaran yang kini meluas, tidak dibendung dengan baik.
Cara untuk merawat air kumbahan adalah seperti berikut:
Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada bahan pepejal kepada bahan mineral. Cara biasa untuk merawat air biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat; Rawatan Primary, Rawatan Secondary dan Rawatan Tertiary. Tiga cara untuk mengawal air kumbahan industri ialah dengan mengawal selia puncanya di sesebuah kilang berkenaan, air kumbahan sebelum dirawat untuk dibuang dengan menggunakan cara rawatan berbeza atau air kumbahan boleh dirawat secara penuh di kilang sama ada ia kemudian diguna semula atau dibuang terus.
Tujuan rawatan biasa untuk air kumbahan ialah bagi mengurangkan bahaya dan selamat digunakan oleh manusia, selain menghilangkan terus, mengurang atau minimum kesan air kumbahan supaya ia boleh digunakan sebagai air berkualiti kepada alam sekitar.
Dalam menangani isu pencemaran air, pelbagai pihak perlu menyedari bahawa tanggungjawab masing-masing termasuk kerajaan, pengusaha kilang, industri dan masyarakat bekerjasama untuk meminimumkan pencemaran alam sekitar. Pendekatan secara bersepadu dengan memahami, membina dan menguruskan strategi pengawalan pencemaran adalah amat penting untuk memastikan kejayaannya.
0ld story ♥ New st0ry